Halaman

Sunday 22 March 2020

Geophysics Field Camp USM x UNSYIAH 2019

Hai! Okey nak cerita pasal field camp. Saja nak throwback.


Okay field camp ni buat dekat Banda Acheh, Indonesia dalam sembilan hari macam tu. Camp ni collaborated dengan students geophysics Universitas Syiah Kuala (UNSYIAH). Tak silap camp ni untuk belajar pasal liquefaction. Kami pergi lepas final exam semester 4 dalam awal bulan tujuh macam tu. Sebelum kami pergi Acheh tu ada la jugak buat persediaan. Persediaan macam mana nak handle geophysics equipments. Tahu flow setiap experiment nak buat. So, nanti tak la rushing kat sana kan.

Okay, kami gerak pegi Acheh ni 1/7/2019. Awal pagi jugak la kena tunggu kat airport sebelum berlepas, sebelum subuh macam tu. Kiranya kami solat subuh kat airport la senang cerita. Aku excited jugak la nak pi Acheh ni sebab ya la first time kot aku dapat naik airplane, pastu first time pegi overseas. Hahaha. Oh haa kami pegi naik Malindo Air, dalam tu almost semua passengers tu students and staffs Geophysics USM ja. 



Kami sampai Acheh pon dalam tengah hari macam tu. Sampai ja sana kami terus gerak pegi UNSYIAH. Ada taklimat sikit la, macam kenalkan dekan diorang, students diorang yang terlibat masa field camp tu. Habis semua tu baru gerak pegi hostel. Kami stay kat hostel uni diorang. Satu bilik tu muat untuk 4 orang siap ada air conditioner lagi. 

Field camp ni started esoknya which was 2/7/2019. Kami kena bahagi dalam 5 groups. So, setiap hari tu lain lain method la kami buat. Dalam field camp ni ada banyak geophysical methods kami buat macam seismic P wave, S wave, self potential, hand auger dengan 2-D resistivity method. 




So, untuk field camp  ni pagi dah kena siap siap semua, ambil data sampai petang. Malamnya tu lepas makan apa semua start processing. Process la semua data yang acquired siang hari tu. Masa acquired data, panas dia toksah kata la. Memang panas sungguh. Hari first ja pon dah boleh nampak muka siapa dah start gelap. Setiap method tu buat kat lain lain tempat. So, malam masa processing baru gather dengan kawan kawan yang lain. 

Yang bestnya, setiap kali habis ja buat experiment method tu, petang tu tak sah la kalau tak singgah beli ayaq jus dengan beli kopi sanger. Sumpah sedap wehh dah la murah pulak tu. Hari hari tak pekena jus kat sana tak lengkap la. 

Kalau cerita part penat, hari hari rasanya penat. Penat ambil data satu hal, penat nak siapkan report on the spot hari tu jugak pon satu hal, kena tidoq lambat lagi, penat nak bangun awal untuk ambil data yang lain lagi, nak berebut bilik air nak mandi lagi. Hahaha


So, total semuanya lima hari kami acquired data. Hari last tu ja special sikit, kami semua acquired data kat tempat sama. Sebab nak tengok results based on borehole yang ada kat situ kot. Kiranya haritu, hari yang paling cepat siap la semua benda. Dan malam tu jugak ada viva. But viva tu okay ja sebab tanya soalan yang senang nak dijawab.

Habis dah acquired data semua tu, esoknya kami pegi berjalan jalan makan angin hahaha. Melawat tempat yang menarik kat Acheh tu. Kami pegi museum tsunami, pantai Lampuuk and tempat yang ada kapal atas rumah tuu. Ada satu tempat tu kami tak sempat singgah sebab tak cukup masa.







Malamnya tu kami ada jamuan makan, ada sesi bagi sijil penyertaan semua tu. Malam tu banyak jugak la lauk yang dihidang. Kenyang sungguh la malam tu, berkali jugak la aku tambah. Part yang best nya bila habis semua tu kami kena cuci pinggan mangkuk. Dah la cuci dalam gelap satu, pastu boleh pulak karaoke lagu andmesh yang sendu kat situ. 

Esoknya pulak, aktiviti bebas, keluar beli souvenirs dengan students UNSYIAH. Kami pegi jalan jalan naik bas. First time tengok station bus diorang yang agak tinggi, sebabnya pintu bas tu pon tinggi. Kami sempat singgah Masjid Baiturrahman, sempat jugak solat dalam tu. Seriously aku cakap, masjid tu cantik sangat. Malam tu ada la sesi cakap-cakap sikit, sesi tangkap gambar kenangan dengan students sana, tukar tukar ig



9/7/2019, hari last kat Acheh. Pagi tu dah gerak pegi airport. Ada la jugak students UNSYIAH yang hantar kami pegi airport. Sempat lagi tu beli dan bagi kami minum kopi. Sempat la jugak tangkap gambar buat kali terakhir. 

Overall aku cakap field camp ni best, banyak pengalaman yang aku dapat. Kat sini jugak la first time aku ambil wuduk dekat tempat yang campur laki perempuan, tumpang rumah orang nak solat, jumpa kawan baru, berpanas demi sesuap data.